Dakwaan kegiatan dadah berhampiran IPD Sentul dalam podcast adalah kes lama - Polis | The Reporter

Dakwaan kegiatan dadah berhampiran IPD Sentul dalam podcast adalah kes lama – Polis

Kenyataan media Ketua Polis Kuala Lumpur berhubung dakwaan pengedaran dadah berhampiran IPD Sentul dalam podcast tular.
Tangkap layar podcast tular yang membangkitkan dakwaan kegiatan pengedaran dadah berhampiran IPD Sentul.

Polis mengesahkan dakwaan kegiatan pengedaran dadah berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul yang dibangkitkan menerusi sebuah podcast tular merupakan kejadian lama yang berlaku pada 12 Julai 2016.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, hasil semakan mendapati sebanyak tiga laporan polis telah diterima berhubung kejadian berkenaan ketika itu.

Menurutnya, kandungan podcast tersebut sebenarnya merupakan penceritaan semula pengalaman seorang tetamu yang pernah terlibat dalam bidang kewartawanan kira-kira 10 tahun lalu.

Terdahulu, menerusi hantaran di TikTok @Sembangohhyeahh, seorang wartawan didakwa sanggup bersembunyi selama tiga hingga empat hari di sebuah kuil kosong di Sentul bagi memantau kegiatan pengedaran dadah berskala besar.

@sembangohhyeah

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Wartawan ini rela bersembunyi selama 3-4 hari di sebuah kuil kosong di Sentul untuk memantau langsung aktivitas peredaran narkoba berskala besar. Yang tidak masuk akal, sarang itu beroperasi terang-terangan sebagai titik suplai, tepat di depan balai polisi besar tanpa digerebek sama sekali!. saksiakan video penuh di yt :sembangohhyeahh #fyppppppppppppppppppppppp #sembangohhyeahhh #kisahbenar #panas #KEBENARAN #realiti @podcastsembangohhyeahh

♬ original sound – Sembangohhyeahh – Sembangohhyeahh

Hantaran itu turut mendakwa kegiatan berkenaan beroperasi secara terbuka sebagai lokasi pengedaran dadah berhampiran sebuah balai polis tanpa sebarang serbuan dilakukan.

Bagaimanapun, Fadil menjelaskan bahawa kejadian yang dibangkitkan itu berlaku pada 2016 dan bukannya kejadian baharu seperti yang mungkin disalah anggap oleh masyarakat.

“Berdasarkan semakan lanjut, kandungan podcast tersebut merupakan penceritaan semula pengalaman tetamu dalam bidang kewartawanan yang berlaku pada tahun 2016,” katanya dalam kenyataan media pada Ahad.

Beliau turut menegaskan bahawa penyebaran kandungan sedemikian boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap pihak polis, selain menjejaskan imej serta kredibiliti pasukan.

Sehubungan itu, semua pihak diingatkan supaya lebih berhati-hati dan bertanggungjawab ketika berkongsi atau menyebarkan maklumat kepada umum.

Fadil berkata, pihak polis kekal komited untuk memelihara integriti dan kepercayaan masyarakat terhadap institusi kepolisan demi keselamatan serta kesejahteraan negara.

Related Posts