Da'i Syed dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun, 3 sebatan kerana merogol - The Reporter

Da’i Syed dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun, 3 sebatan kerana merogol

Sumber Gambar: Harian Metro

Mahkamah Sesyen Shah Alam menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan ke atas pendakwah selebriti, Da’i Syed atas tuduhan merogol seorang wanita.

Beliau dilaporkan melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium, lima tahun lalu.

Hukuman penjara itu berkuat kuasa hari ini.

Suami kepada selebriti Hana Ismail itu dikatakan menangis sejurus sahaja keputusan dibacakan dan kemudiannya memeluk isterinya.

Terdahulu, Da’i Syed mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol mangsa yang ketika kejadian berusia 23 tahun dalam bilik di sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7 di sini, jam 1.35 malam pada 11 September 2019.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Ketika pendakwaan, seramai 18 saksi dipanggil untuk memberi keterangan pada perbicaraan yang bermula pada April 2022.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!