'Dah nyanyi tak sedap, lepas tu kekwat menjawab' - Netizen dakwa The Gadys kekwat? | The Reporter

‘Dah nyanyi tak sedap, lepas tu kekwat menjawab’ – Netizen dakwa The Gadys kekwat?

Sejak video nyanyian sumbang tular di media sosial, kumpulan The Gadys sehingga ke hari ini masih menerima komen-komen kecaman dari netizen.

Semalam, akaun rasmi The Gadys memuat naik hantaran seakan tenang membalas kecaman yang dilemparkan terhadap mereka.

“Stock confident Gadys dah habis la. Shopee, Lazada dah restock ke?” tulis pengendali akaun tersebut yang kemudian dibalas oleh Instagram rasmi Shopee.

“Jangankan Gunung Fujiyama, kat Shopee pun tak jual confident”.

Dalam satu klip video pendek temu bual bersama Astro Gempak, The Gady menjelaskan mereka mengambil maklum mengenai segala kecaman di media sosial.

Menggulas mengenai video tular itu, The Gadys mengakui mereka ada membuat latihan seminggu sebelum hari kejadian dan segalanya berjalan dengan lancar.

Video tular itu turut menyebabkan mereka menerima komen keterlaluan seperti meminta kumpulan itu pergi mati.

https://twitter.com/XXXbyefelicia/status/1764798421398081776

“Ada yang teruk sampai kata, ‘Suara tak sedap, boleh pergi mampos’. Are you really want us to go die?

“Pasal (suara) sumbang je nak dikaitkan dengan bunuh diri, kenapa? Tak kisah korang nak cakap pasal suara ke apa, we don’t mind at all,” katanya.

Walaupun video tersebut tidak menunjukkan temu bual penuh, netizen di aplikasi X pula mendakwa The Gadys kekwat – merujuk kepada sifat sombong, berlagak atau berperangai seperti diva.

‘1 Malaysia cakap suara tak sedap’

‘Kekwat mengalahkan artis famous’

Sumber: X Kak Jah

Related Posts