Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Mencipta kandungan digital bukanlah mudah kerana perlu mengambil kira pelbagai aspek, termasuk sensitiviti budaya. Namun, baru-baru ini, sebuah video komersial oleh dua pempengaruh tempatan yang menggunakan loghat kaum Cina telah menarik perhatian ramai, tetapi tanpa memikirkan kesan tindakan tersebut terhadap sensitiviti budaya.
Perkara ini turut menarik perhatian pelakon Nick Davis, yang meluahkan rasa kurang senangnya melalui hantaran di Threads.

Nick berkata, pelakon Cina sering tidak dibenarkan menggunakan loghat mereka jika ingin memegang watak utama dalam filem atau rancangan televisyen Melayu. Jarang sekali pelakon Cina diberikan watak sebagai diri mereka sendiri. Sebaliknya, mereka biasanya diberi watak seperti ‘mualaf’ atau watak Melayu jika penampilan mereka sesuai.
Menurutnya, situasi ini bertambah buruk apabila ada pihak yang sewenang-wenangnya menggunakan loghat kaum Cina sebagai bahan lawak dalam kandungan mereka.
Apatah lagi, mereka menggunakan loghat kaum lain untuk tujuan komersial yang dikira sebagai satu bentuk eksploitasi terhadap budaya dan stereotaip yang boleh membawa kesan negatif
Post by @nickdav.isView on Threads
“Ada orang yang menggunakan loghat kami, buat lawak dengan loghat tu, dan buat duit daripadanya. Ini tidak betul.
“Seseorang perlu bersuara tentang hal ini dan saya secara peribadi dah muak tengok perkara ni berulang-ulang.
“Macam mana boleh dianggap betul bila kami tak boleh berjaya dalam industri ini sebagai diri sendiri, sedangkan budaya, loghat dan stereotaip kami dieksploitasi demi duit?” katanya.