Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Dalam Islam, selepas hari ketujuh bayi dilahirkan, rambutkan akan dicukur sehingga botak dan hukumnya adalah sunat. Rambut yang dicukur tadi akan ditimbang dengan emas atau perak untuk disedekahkan kepada fakir miskin.
Dari segi kesihatan pula, amalan mencukur rambut bayi ini dapat membersihkan kulit kepala bayi yang membawa kotoran dan lemak ibu ketika dilahirkan.
Apa pun, jika anda berhasrat mencukur rambut bayi, pastikan ia dilakukan dengan berhati-hati kerana ubun-ubun kepala bayi masih lembat dan kulit mereka juga sangat sensitif. Semoga perkongsian di bawah bermanfaat untuk anda semua.
Cukur Rambut Baby Baru Lahir
Tahniah kepada Mak Iti (Siti Nurhaliza) di atas kelahiran cahaya mata sulungnya. Kepada yang baru menimang cahaya mata, jangan lupa mencukur habis rambut baby pada hari ketujuh. Cukur sampai botak, tak kira baby lelaki atau perempuan. Jangan cukur sipi-sipi sahaja.
Seterusnya berat rambut dinilai dengan harga emas atau perak mengikut kemampuan kita dan wangnya kita sedekahkan kepada fakir miskin. Sunnah dan sangat digalakkan.
- Ambil satu bekas berisi air suam
- Basahkan kepala baby dan gunakan sedikit syampu rambut baby.
- Guna pisau cukur Gillette atau mana-mana yang ada. Pastikan baharu.
- Setiap kali cukur, celupkan pencukur dalam bekas berisi air tadi. Pastikan semua rambut yang dicukur dimasukkan dalam bekas tersebut.
- Selesai cukur, letakkan sehelai tisu di dalam penapis air. Tapiskan air dan rambut dalam bekas tadi.
- Biarkan penapis tersebut kering dihembus angin pada suhu bilik sahaja. Janganlah dijemur di luar rumah, nanti tinggal penapis saja. Dah kering, boleh angkat saja tisu dan rambut yang tertapis dan lipat rapi masuk bekas or sampul angpau.
- Bawa ke kedai emas untuk ditimbang atau timbang sendiri kalau ada penimbang emas











