Cukai LVG: Produk dalam Shopee, Lazada mula naik harga - The Reporter

Cukai LVG: Produk dalam Shopee, Lazada mula naik harga

Gambar hiasan (Artificial Intelligence)

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Mulai 1 Januari 2024, cukai jualan sebanyak 10 peratus telah dikenakan ke atas barangan bernilai rendah (LVG) yang dijual secara dalam talian (online).

Namun, beberapa jenis barangan seperti rokok, produk tembakau, minuman keras, rokok elektronik dan penyediaan sejenis yang digunakan untuk merokok serta dijual pada harga tidak melebihi RM500 yang dibawa masuk ke Malaysia melalui jalan darat, laut atau udara dikecualikan dari cukai ini.

Pelaksanaan cukai ini sebenarnya sepatutnya berkuat kuasa pada April 2023. Tetapi ditangguhkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) pada Mac 2023.

Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, penangguhan ini bertujuan untuk memastikan daya saing produk tempatan dapat ditingkatkan. Dan cukai ini tidak memberi kesan kepada produk dalam negara yang dibeli secara dalam talian.

Pengguna mulai terkesan?

Pada hari keempat pelaksanaan cukai tersebut, pengguna yang membeli LVG secara dalam talian mula merasai kesan kenaikan harga. Peniaga mula menaikkan harga barangan bagi menampung kenaikan kos yang terpaksa ditanggung akibat cukai jualan baru ini.

Sebagai contoh, tinjauan Sinar Harian di platform jualan dalam talian seperti Shopee dan Lazada mendapati banyak barangan yang dijual sudah mula naik harga.

Sarung tangan yang dibeli dari China kini berharga RM96.80, naik sebanyak RM8.80 dari harga asal RM88. Alat pemasangan simen batu bata dari Indonesia pula naik RM4.09, dijual pada harga RM39.59 berbanding RM35.50 sebelum ini.

Selain itu, beberapa barangan lain dari China juga didapati naik harga. Antara barangan tersebut adalah fon kepala yang kini berharga RM54.56, naik dari RM49.60; pengecas telefon berharga RM49.50, naik dari RM45; dan sarung telefon RM9.13, naik dari RM8.30.

Ini menunjukkan bahawa cukai jualan baru ini telah memberi kesan kepada harga barangan dalam talian.

Sumber: Sinar Harian

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!