Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Baru-baru ini kerajaan mengumumkan akan melaksanakan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang melibatkan dua fasa.
Pelbagai reaksi yang diterima oleh masyarakat sehingga timbul salah faham yang menyatakan program ini melibatkan belia sehingga berusia 35 tahun.
Namun begitu, pengumuman yang dibuat itu disambut baik oleh masyarakat yang menganggap program seperti ini sangat bagus jika dilaksanakan semula.
Bagaikan memutar kembali kenangan, ramai yang berkongsikan suka duka semasa menjalani program tersebut.
Namun, rakaman yang dikongsikan oleh seorang lelaki ini menarik perhatian ramai.
Sewaktu menyertai PLKN, satu video rakaman tentang lelaki ini ketika menjalani latihan ‘abseiling’mencuit hati. Dia kelihatan menggeletar dan menjerit beberapa kali meminta pertolongan jurulatih yang berdekatan dengannya.
Beberapa kali dia menolak untuk melakukan aktiviti tersebut. Jurulatih pula seolah sengaja mengusik apabila mendapati lelaki yang dikenali sebagai Wan itu kelihatan takut.
Itu cerita sembilan tahun lalu,lelaki yang diusik kerana ketakutan itu kini sudah menjadi anggota bomba yang berjaya.
“Aku seorang bomba. Beruniform merah tanda kami gagah. Yang diperlukan apabila perlu, yang dihargai apabila kejadian terjadi. Berkorban walaupun terbeban. Senjata aku hanya lah keberanian. Tanpa keberanian, takkan aku ada disini,” kata Wan.
Sumber: Muhammad Rizzuwan