Cikgu Firdaus raih pujian, usaha hias, cantikkan kelas Tahun 1 | The Reporter

Cikgu Firdaus raih pujian, usaha hias, cantikkan kelas Tahun 1

Cikgu Firdaus

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Sudah seminggu memasuki sesi persekolahan baharu bagi tahun 2025/2026. Sudah pastinya, rata-rata pendidik inginkan suasana persekitaran kelas yang cantik dan menarik bagi keselesaan murid-murid.

Bukan hanya fokus pada sesi pembelajaran sahaja, tumpuan sama diberikan pada kebersihan, keselesaan dan kecantikan kelas.

Walaupun serba kekurangan, pendidik yang dikenali sebagai Cikgu Firdaus ini yang merupakan cikgu OKU sanggup meluangkan masa dan tenaga untuk menceriakan kelas di bawah jagaannya.

Menerusi perkongsian di TikTok, cikgu Firdaus menyatakan hiasan yang dibuat di peringkat fasa 1 itu diharapkan dapat menjadi semangat kepada anak-anak murid untuk belajar.

https://www.tiktok.com/@firdaus.ebataj/video/7473720849145646344?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7449188224558499329

“Alhamdulillah siap fasa 1 insya-Allah nanti kita buat cantik lagi. Semoga anak-anak semangat belajar. Aaminn,” katanya.

Rata-rata kagum dengan semangat yang ditonjolkan oleh Cikgu Firdaus yang berusaha untuk memberikan yang terbaik buat anak-anak murid selain memuji hiasan cantik yang dipaparkan.

Menerusi video berkenaan juga, pintu kelas dihias cantik dengan hiasan kertas dinding bertemakan planet dan angkasa. Pintu berkenaan juga ditampal dengan peraturan-peraturan bilik darjah.

Manakala meja kelas pula tidak dibiarkan kosong, malahan dialas dengan kertas kartun bertemakan Mechamato.

Difahamkan juga, selain tugasan sebagai mengajar, Cikgu Firdaus mengajar kelas mengaji Al-Quran di sebelah malam.

Related Posts