Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Itulah peribahasa yang bermaksud tiada sesiapa yang tahu dengan pasti untung atau malang nasib seseorang.
Seorang guru yang bakal bersara pada tahun hadapan, dikejutkan dengan berita baik apabila dia dipilih sebagai pemenang Cabutan Jutawan Bank Simpanan Nasional (BSN) Sijil Simpanan Premium (BSN SSP) yang ke-92 bagi bulan September 2023.
Cikgu Rosli Omar dari sebuah sekolah rendah di Bagan Serai itu berkata, dia tidak menyangka akan memenangi cabutan tersebut yang bernilai RM1 juta.
Menurut beliau, dia telah menyimpan secara konsisten di bank berkenaan semenjak 2009, bermula dengan simpanan serendah RM200 dan meningkat ke RM500.
Bagi Rosli, wang itu akan digunakannya bersama isteri untuk mengerjakan ibadah haji akan datang dan juga menampung perbelanjaan dua orang anaknya yang sedang menyambung pengajian di institut pengajian tinggi (IPT).
Sumber: Harian Metro