Cik Man dijatuhkan hukuman penjara lagi 6 tahun, 1 sebatan | The Reporter

Cik Man dijatuhkan hukuman penjara lagi 6 tahun, 1 sebatan

Sumber Gambar: Kosmo

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara selama enam tahun dan satu sebatan terhadap bekas pendakwah, PU Azman atas pertuduhan amang seksual terhadap remaja lelaki berusia 17 tahun, tujuh tahun lalu.

Hukuman ini merupakan kali keempat yang diterima oleh PU Azman selepas dijatuhi hukuman penjara di Mahkamah Klang dan Seremban.

PU Azman atau lebih dikenali sebagai Cik Man telah melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja lelaki berusia 17 tahun ketika itu di sebuah inap desa di Jalan Kebun Klang antara pukul 12 tengah malam hingga 2 pagi pada September 2017.

Berdasarkan fakta kes, PU Azman telah secara tiba-tiba masuk ke dalam bilik mangsa dan menyatakan mahu tidur bersama sebelum menyentuh remaja lelaki itu bagi tujuan amang seksual fizikal selepas diajak bermalam di inap desa itu.

Mangsa tidak menceritakan kepada kejadian itu kepada sesiapa kerana takut tidak akan dipercayai oleh sesiapa sebelum memaklumkan kepada seorang ustazah yang telah menghubungi mangsa pada tahun 2022.

Terdahulu, pada 27 September lalu, Azman telah dijatuhi hukuman penjara 24 tahun dan dua sebatan atas dua pertuduhan kes amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki pada 2022.

Pada 6 Disember pula, Mahkamah Majistret Klang telah menjatuhkan hukuman penjara 14 bulan ke atas Azman kerana melakukan kelucahan melampau terhadap remaja lelaki pada tahun sama.

Hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan pula telah diputuskan oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada 17 Disember lalu atas empat pertuduhan pindaan kes amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki di Nilai.

Sementara di Mahkamah Sesyen Ampang, satu pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun dihadapi Azman, telah ditarik balik.

Dalam pada itu, Fahmi Adilah yang merupakan peguam kepada Cik Man menegaskan, kesemua hukuman penjara itu adalah berjalan serentak.

Sumber: Kosmo

Related Posts