Seorang lelaki nekad mengejar dan mengeluarkan pedang samurai yang diacukan terhadap individu yang membunyikan hon terhadapnya dalam kejadian di Gurun, Kedah.
Dalam video yang tular di media sosial, pengadu mendakwa lelaki terbabit menggunakan telefon bimbit semasa memandu dan keluar dari simpang.
Bimbang dengan keselamatan diri dan pengguna lain, pengadu membunyi hon untuk memberi peringatan. Namun, tindakan pengadu disalah erti dan membuatkan lelaki itu berang lalu mengejar kenderaan pengadu sehingga ke sebuah stesen minyak.
Suspek kemudan mengeluarkan pedang samurai dan mengancam pengadu sebelum dihampiri orang awam yang cuba meleraikan pergaduhan itu.
“Sebab hon dia guna phone masa keluar simpang, dia kejar kami sampai stesen Petron dan keluarkan pedang samurai,” kata pengadu.
Tidak diketahui apa yang berlaku seterusnya, namun netizen di media sosial menggesa pihak berkuasa menyiasat dan menahan suspek.
“Bawa senjata tajam dan berbahaya, mandatori lima tahun dan ke atas. Lebih-lebih lagi ada video bukti. Memang menangislah,” komen Zoha.
“Orang zaman sekarang mental ke apa? Pasal hon je boleh gaduh macam ni. Bang oi, orang bunyikan hon sebab nak bagi kau sedar atau peka dengan sekeliling kau bila bawa kenderaan,” komen Faisal.
“Tak guna tunjuk samseng kalau diri sendiri bersalah. Tup-tup ke dalam juga tempatmu nanti. Tengoklah nanti, 24 jam je tu,” komen Sharin.
Sumber: Twitter