Buruh binaan individu pertama di Terengganu dikenakan hukuman sebat kerana khalwat - The Reporter

Buruh binaan individu pertama di Terengganu dikenakan hukuman sebat kerana khalwat

Warden penjara sedang memilih rotan | Gambar hiasan (A.I)

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu menjatuhkan hukuman empat sebatan ke atas seorang buruh binaan atas tuduhan berkhalwat.

Keputusan dibuat Hakim Syarie Hamidi Shafie selepas lelaki itu mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) Pindaan 2002.

Tertuduh, Mohd Affendi Awang merupakan individu pertama di Terengganu yang dikenakan hukuman tersebut. Dia juga didenda RM3,000 atau penjara enam bulan sekiranya gagal menjelaskan denda itu.

Hukuman sebat dikenakan berikutan ia kesalahan kedua tertuduh dan akan berlangsung di penjara selepas tamat tempoh rayuan.

Sebelum ini, tertuduh pernah didenda RM2,700 atau tiga bulan penjara selepas mengaku salah bagi pertuduhan khalwat pada 11 Julai 2023.

Kesalahan khalwat buat kali kedua boleh dikenakan hukuman sebatan sehingga enam kali dan denda sehingga RM5,000 atau tiga tahun penjara mengikut enakmen kesalahan tersebut yang berkuatkuasa 1 Januari lalu.

Dalam pertuduhan tersebut, Mohd Affendi didakwa melakukan khalwat bersama seorang wanita yang bukan mahramnya di tingkat tiga sebuah premis kosong di Kemaman antara jam 1.10 pagi hingga 2.15 pagi pada 25 Januari lalu.

Sumber: Bernama, Harian Metro

Total
0
Shares
Total
0
Share