Bumbung Axiata Arena bocor, aksi kejohanan badminton Terbuka Malaysia tergendala - The Reporter

Bumbung Axiata Arena bocor, aksi kejohanan badminton Terbuka Malaysia tergendala

Sumber Gambar: Gambar tular di X

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Axiata Arena pada hari ini sepatutnya menjadi hari pertama saksi perlawanan sengit pemain badminton dalam Kejohanan Terbuka Malaysia, namun perlawanan terpaksa ditangguhkan apabila satu insiden tidak diduga berlaku.

Beberapa gambar dan video tular merakamkan bumbung di Axiata Arena Bukit Jalil dipercayai mengalami kebocoran disebabkan hujan lebat.

Memetik laporan dari Astro Awani, selain gelanggang dua dan tiga, tempat duduk penyokong turut terjejas ekoran air hujan.

Bagaimanapun, perlawanan di gelanggang satu masih diteruskan.

Berita Harian pula melaporkan, perlawanan yang terjejas membabitkan beregu wanita negara, Go Pei Lee-Teoh Mei Xing yang sedang berdepan pasangan China, Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian.

Selain acara beregu, acara perseorangan lelaki antara Brian Yang dari Kanada menentang pemain India HS Prannoy turut terganggu.

Menerusi beberapa hantaran juga, kelihatan petugas-petugas sedang berusaha memperbaiki keadaan.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!