Budak 2 tahun maut terjatuh di lantai rumah pengasuh - The Reporter

Budak 2 tahun maut terjatuh di lantai rumah pengasuh

Foto hiasan

Seorang bapa mengalami detik paling menyedihkan apabila mendapat perkhabaran anak perempuannya yang berusia dua tahun ditemui tidak sedarkan diri di rumah pengasuh dan disahkan meninggal dunia lebih 27 jam kemudian.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, pihak menerima laporan daripada bapa mangsa pada jam 7.20 malam Isnin lalu.

Menurut laporan, mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas terjatuh di lantai rumah pengasuh terbabit.

Mangsa segera dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk pemeriksaan lanjut. Namun, pegawai perubatan paediatrik mengesahkan bahawa mangsa telah meninggal dunia pada jam 11.10 malam Selasa, 6 Ogos.

Bedah siasat yang dijalankan pada jam 10.45 pagi semalam mendapati, punca kematian adalah kecederaan kepala akibat trauma tumpul.

Berikutan kejadian itu, pengasuh yang merupakan seorang wanita berumur 30 tahun telah ditahan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 atas kesalahan penganiayaan dan pengabaian terhadap kanak-kanak.

Sumber: Berita Harian

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!