Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Gelagat seorang lelaki yang membuat mukbang sambil menayangkan ketiak mengundang perasaan kurang senang netizen.
Walaupun berdepan dengan kecaman, masih terdapat video-video yang dirakamkan dengan aksi yang hampir sama.
Tindakannya juga turut mengundang perhatian seorang doktor yang menegur kelakuan lelaki itu yang dianggap tidak beradab di depan rezeki.
“Ada beza buat orang ketawa dan jadi bahan ketawa orang. Tak kisah sama ada nak buat mukbang atau food review, adab kena jaga depan makanan selain kebersihan.
“Jangan lah bukak aib sendiri, Malaysia ni dah kuat cyberbully, jangan letakkan diri kita di posisi untuk dibuli orang lain,” katanya.
Dalam pada itu, doktor tersebut juga mencadangkan lelaki tersebut agar memakai kostum ketika sesi rakaman video supaya selesa dipandang selain menampakkan kebersihan.
Selain itu juga, beliau mencadangkan agar lelaki itu membuat pemeriksaan kesihatan bagi mengelakkan terkena penyakit kronik.
Sumber: Alpha Zaki