Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang pemandu bas sekolah yang juga dikenali sebagai Abang Bas ditahan polis susulan laporan mengenai tindakan beliau merakam video kanak-kanak perempuan di dalam bas sekolah.
Menerusi satu laporan, lelaki berkenaan telah ditahan pada pukul 2.57 pagi di Simpang Renggam, Kluang.
Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, telefon bimbit milik lelaki berkenaan yang digunakan untuk memuat naik hantaran turut dirampas.
“Pihak polis bertindak selepas menerima laporan kejadian berkenaan dan menjalankan siasatan penularan rakaman video memaparkan kanak-kanak dalam bas dipandu seorang lelaki.
“Video berkenaan dimuat naik pemilik dan pengendali akaun TikTok Abang Bas. Hantaran tersebut masih wujud dan boleh diakses,” ujar beliau.
Dalam pada itu, beliau meminta dan mengalu-alukan kerjasama daripada ibu bapa kanak-kanak yang berada dalam rakaman video supaya tampil bagi membantu siasatan.
Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seskyen 15 (a)(iii) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan Seskyen 15(2) Akta Kanak 2001.
Terdahulu, tular isu tindakan pemandu bas yang merakam gelagat kanak-kanak perempuan di dalam bas mengundang kebimbangan orang ramai. Perkara berkenaan turut menarik perhatian Menteri
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri untuk mengambil tindakan tegas terhadap pemilik akaun berkenaan.
menerusi sebuah hantaran di X pada Khamis berkata, beliau sudah mengarahkan pegawainya dari Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) mengambil tindakan tegas itu kepada individu tersebut.
Sumber: MalaysiaGazette








