Buah betik dikatakan sebagai buah kebangsaan Malaysia, biar betik? - The Reporter

Buah betik dikatakan sebagai buah kebangsaan Malaysia, biar betik?

Gambar hiasan (A.I)

Umum mengetahui bunga kebangsaan Malaysia adalah bunga raya manakala harimau pula dipilih sebagai haiwan kebangsaan Malaysia yang melambangkan keberanian dan kekuatan.

Jika disebut buah, ramai yang dikatakan tidak mengetahui apakah buah kebangsaan Malaysia. Ada yang beranggapan durian yang digelar raja buah merupakan buah kebangsaan Malaysia.

Melalui beberapa hantaran tular dan sumber menyatakan buah kebangsaan Malaysia adalah buah betik. Biar betik!

https://twitter.com/ivor_xianz/status/1755234306669384023?s=20

Ramai yang seakan tidak dapat menerima fakta atau kenyataan ini. Namun begitu, memetik satu laporan menyatakan betik dipilih sebagai buah kebangsaan kerana ia adalah lambang iklim tropika dan kepelbagaian biodiversiti Malaysia, dan juga buah yang popular dalam masakan dan perubatan Melayu tradisional.

Dalam satu laporan lain juga menyebut buah betik dikira sebagai buah kebangsaan Malaysia kerana Malaysia merupakan antara pengeksport betik terbesar di dunia.

Durian buah kebangsaan Indonesia dan Singapura

Apa yang mengejutkan, durian pula dikira sebagai buah kebangsaan Indonesia. Terdapat juga artikel yang menyatakan durian juga merupakan buah kebangsaan Singapura. Tetapi, jika pengiktirafan itu diberikan kepada negara berkenaan, mengapa Singapura banyak mengimport durian dari Malaysia?

Bagaimanapun, kesahihan mengenai kenyataan-kenyataan tersebut belum dikenalpasti samada hanyalah pandangan secara rawak sahaja atau betul-betul dinilai sebagai buah kebangsaan. Namun, sudah ramai yang menyebarkan buah kebangsaan Malaysia adalah buah betik!

@synthesis_aesthetic

Korang rasa kenapa buat ni jadi pilihan utama sampai dijadikan buah kebangsaan? Cuba comment #fyp #wrinkle #beauty

♬ original sound – Synthesis Aesthetic – Synthesis Aesthetic

Sumber: fruitonix, ivor_xianz, Synthesis Aesthetic


Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!