'Bila saya besar nanti, mahu bantu rakyat Gaza' - Kunjungan Ayden, Bella Astillah ke parlimen curi tumpuan | The Reporter

‘Bila saya besar nanti, mahu bantu rakyat Gaza’ – Kunjungan Ayden, Bella Astillah ke parlimen curi tumpuan

Bella Astillah
Ayden curi tumpuan, petah berbicara

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Gandingan selebriti Bella Astillah dan Syed Saddiq sebagai model baju raya kepada sebuah fesyen jenama terkenal meraih perhatian ramai.

Kedua-dua mereka mula menjadi sebutan apabila dilihat serasi bersama dan kelihatan mesra.

Kisah mereka juga turut menjadi perhatian Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang mengusik Syed Saddiq dengan berseloroh ‘Muar (Syed Saddiq), tak pakai baju melayu ke hari ni?’.

Mereka sekali menjadi tumpuan, apabila kunjugan Bella Astillah dan anak sulungnya Ayden berkunjung ke parlimen. Ahli-ahli parlimen kelihatan tidak melepaskan peluang bergambar bersama Syed Saddiq, Bella Astillah dan juga Ayden.

Sudah pastinya juga, Ayden menjadi tumpuan utama apabila petah dalam berkata-kata. Ketika ditanyakan Syed Saddiq, Ayden memaklumkan bila dia sudah dewasa nanti, dia akan berjuang dan membantu rakyat di Gaza.

“Saya mengetahui perkembangan di Gaza semasa berusia enam tahun. Cikgu saya ceritakan tentang apa yang berlaku di Gaza.

“Bila saya dah besar, saya mahu bantu orang-orang di Gaza,” katanya.

Syed Saddiq juga bertanykan pada Ayden adakah itu sebab kenapa Ayden tidak makan jenama yang diboikot. Ayden menjawab dengan yakin, itu antara sebab dia berbuat demikian.

Ahli Parlimen Muar itu kemudiannya memuji tindakan Ayden menasihatinya supaya mengambil makanan yang berkhasiat.

Related Posts