'Bila nak bertanding, melobi sampai tak cukup tanah, dah kalah salah Presiden?' - Nurulhidayah Zahid - The Reporter

‘Bila nak bertanding, melobi sampai tak cukup tanah, dah kalah salah Presiden?’ – Nurulhidayah Zahid

Sumber gambar: Google Images

Ketua Penerangan UMNO Bahagian Bagan Datuk, Nurulhidayah Ahmad Zahid mempertahankan presiden parti daripada kritikan berhubung kekalahan calon-calon parti itu dalam pilihan raya di enam negeri.

Beliau mempersoalkan sikap golongan tersebut yang meletakkan kesalahan kepada Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Ketua UMNO Bahagian Bagan Datuk.

Nurulhidayah yang juga merupakan anak kepada Zahid Hamidi berkata, beberapa kerusi yang telah menang pada PRN lalu adalah kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat nama Ahmad Zahid. Namun begitu, pemimpin dalam UMNO melakukan tindakan sebaliknya.

“Bila nak bertanding dan nak jadi calon, ramai yang melobi sampai tak cukup tanah. Bila kalah salah presiden? Mana kualiti yang digembar-gemburkan bila nak lobi jadi calon?

“Kenapa ada kerusi yang boleh menang? Dalam setiap ceramah PMX sendiri, beliau bawa dan angkat nama Zahid Hamidi. Sedangkan banyak tokoh UMNO sendiri lebihkan membawang dari membawa.

“Bila WhatsApp masuk kat handphone kutuk presiden masing-masing pakat kongsi. Yang dok pertahankan presiden dilabel pengampu dan pembodek,” kata Exco Pegerakan Wanita UMNO itu.

Bila kalah, ahli kritik Presiden UMNO

Beliau turut melahirkan rasa kesal apabila ramai yang seronok dan memuji ahli yang dibuang daripada parti sebagai berani, berbanding biadab apabila mengkritik Presiden UMNO.

Beliau juga  faham kekecewaan dan emosi ahli parti berikutan kekalahan yang dialami namun mempersoalkan sikap tidak mempertahankan institusi presiden.

“Dalam isu yg dipersoalkan di atas, saya ingin bertanya berapa ramai tokoh dalam UMNO yang ‘membawa’ dan mempertahankan nama serta institusi presiden itu sendiri?

“Semenjak dari zaman Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) lagi, siapa presiden yang depa tak suruh turun?

“Tengok Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dengan kes REE dia, ada geng dia suruh turun? Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan kes menantu dia, ada geng dia suruh turun? Datuk Seri Mohamed Azmin, ada team dia suruh turun? Siap menang lagi. Mai tang UMNO, pakat attack presiden sendiri. Cerdikkan?” sindirnya.

Sementara itu, katanya, Barisan Nasional dan Pakatan Harapan saling memerlukan dan yakin UMNO akan terus berusaha untuk mendapatkan semula kepercayaan orang Melayu.

Sumber: Instagram Nurulhidayah Zahid, Malaysia Gazette

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!