Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
KUALA LUMPUR – “Biar betul?!” demikian reaksi netizen apabila mendapat tahu ada satu pasangan gay yang dilaporkan berkahwin di Malaysia, di mana perkahwinan sesama jenis adalah dilarang di negara ini yang menentang hubungan sejenis atau Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT).
Memetik dari laporan Sin Chew, Ivan berkata, dia mengambil masa lebih kurang sebulan untuk menyiapkan persediaan membuat lamaran itu tanpa pengetahuan Winson yang ketika itu berada di luar negara atas urusan kerja.
Ivan kemudian menghulur sejambak bunga ros merah sebelum melutut dan melamar pasangannya itu dengan sebentuk cincin, dan Winson menerima lamaran Ivan.
NETIZEN DESAK PIHAK BERKUASA AMBIL TINDAKAN
Sementara itu di media sosial, netizen meluahkan rasa terkejut dan memberi komen-komen negatif terhadap pasangan gay berkenaan.
“Saya sekeras-kerasnya menolak perkahwinan sebegini. Walaupun saya tidak mampu mengubah apa-apa, tetapi saya tidak menyokong sama sekali. Gejala LGBT perlu dibanteras kerana ia merosakkan anak bangsa,” kata Budi.
“Sayang sekali, rupa paras ada tetapi.. Bila ditegur, ada golongan LGBT mahupun yang manusia yang normal menentang. Siap kita dimaki hamun lagi dan kata kita menyibuk. Hanya mampu mendoakan mereka kembali kepada fitrah,” kata Ema.
“Semoga mereka sedar bahawa perbuatan mereka itu salah dan menghina ciptaan Tuhan. Sebab Tuhan sediakan wanita untuk lelaki dikahwini, bukannya kahwin dengan sesama jenis. Bertaubatlah sebelum terlambat kerana masih ada kesempatan untuk berbuat demikian,” kata Maria.
“Pihak berkuasa patut mengambil tindakan terhadap pasangan gay ini yang jelas sekali bukan budaya Malaysia. Tak kiralah baru ‘bertunang’ ke, belum kahwin ke, tetapi hubungan sejenis seperti ini patut dibanteras!!” kata Stanley.













