'Biadabnya soalan dia' - Netizen kecam pempengaruh perlekehkan peniaga teh jalanan | The Reporter

‘Biadabnya soalan dia’ – Netizen kecam pempengaruh perlekehkan peniaga teh jalanan

pempengaruh perlekehkan peniaga teh

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Dalam era digital, penghasilan kandungan atau ‘content’ di media sosial haruslah dilakukan dengan adab, tanpa menyakiti hati individu lain, terutamanya peniaga kecil.

Baru-baru ini, satu video lama memaparkan seorang TikToker yang mengunjungi gerai teh masala di ibu negara, tular semula dan mencetuskan pelbagai reaksi kurang senang netizen.

Dalam video tersebut, pempengaruh itu dilihat menaiki basikal ke gerai tersebut dan menawarkan RM100 kepada pemilik gerai. Namun, dia membuat pesanan 100 cawan teh sambil mengajukan soalan yang tidak wajar, mengkritik saiz cawan, cara penyediaan teh, dan mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.

Pempengaruh itu turut mendakwa pemilik gerai berkemungkinan mengelak cukai kerana dikatakan meraih pendapatan sebanyak RM100,000. Malah dia turut mempersoalkan asal-usul pemilik serta pekerjanya, dengan menyindir mereka bukan rakyat tempatan tetapi dari Bangladesh.

Nada percakapannya dilihat merendahkan dua individu berkenaan apabila dia menyatakan perniagaan kecil seperti itu berjaya kerana tidak perlu membayar cukai atau memiliki lesen perniagaan.

Sepanjang perbualan itu, jelas kelihatan raut wajah pemilik gerai menunjukkan rasa kurang selesa dengan soalan-soalan yang diajukan oleh pempengaruh tersebut.

Video itu tular di platform X dan mengundang pelbagai kecaman netizen. Ramai yang menyelar pempengaruh tersebut atas sikap biadabnya, yang dilihat lebih cenderung menjatuhkan reputasi pemilik gerai berbanding memberikan sokongan seperti dilakukan pempengaruh lain.

Beberapa pengguna media sosial turut mempertahankan pemilik gerai, di mana perniagaan tersebut pernah disiarkan dalam laporan media tempatan yang dipercayai, menunjukkan mereka mungkin beroperasi secara sah.

Sumber: Goody Malaysia

Related Posts