Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Sempena kempen Tahun Melawat Malaysia (2026), beruang matahari telah dipilih sebagai ikon dan maskot yang bakal memikat hati pelancong.
Wira dinamakan sebagai beruang jantan manakala Manja merupakan nama bagi beruang betina berkenaan.
Memetik Kosmo, beruang matahari dipilih kerana ia merupakan spesis beruang terkecil di dunia dan merupakan spesies yang unik serta asli di kawasan tropika Asia Tenggara termasuk Malaysia.
Dalam pada itu, menerusi hantaran Malaysia Truly Asia di X, menerangkan maksud logo bagi kempen berkenaan serta mengapa maskot Wira dan Manja dipilih.
“Memperkenalkan Logo Tahun Melawat Malaysia 2026, dengan maskot Wira dan Manja!
“Logo ini menyerlahkan keharmonian budaya pelbagai kaum di negara kita serta keindahan Malaysia yang menakjubkan, menggambarkan pengalaman unik yang sukar dilupakan.
“Dengan menekankan aspek kelestarian, maskot Wira dan Manja direka dengan penuh kasih sayang untuk menonjolkan kepentingan pemuliharaan alam sekitar. Pada masa yang sama, kemunculan Wira dan Manja sebagai tarikan untuk memikat hati dan membawa keceriaan kepada generasi masa kini dan akan datang,” katanya.
Sementara itu, di media sosial, ramai yang terpegun dengan ikon maskot berkenaan dan meminta pihak kementerian untuk menghasilkan rantai kunci atau plush doll.








