Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Selepas berbulan-bulan menyepi dan menjadi teka-teki ramai, pelawak popular tanah air, Yassin Senario, akhirnya tampil di khalayak melalui satu siaran langsung di TikTok.
Kemunculan itu sekali gus meredakan tanda tanya peminat yang tertanya-tanya ke mana perginya figura lawak yang cukup dikenali sejak era 90-an itu.
“Kalau nak saya balik, beri gift”
Yassin yang muncul dalam TikTok live bersama pemilik akaun, @Rifkarl85Official, tampil bersahaja sambil menjawab beberapa persoalan peminat mengenai kehilangannya sebelum ini. Antara jawapan spontan Yassin yang mencuri perhatian:
“Bukan merajuk tak nak balik. Malas nak tengok telefon… Kalau nak saya balik, beri gift,” selorohnya.
Yassin juga menjelaskan dia tidak menghilang seperti yang didakwa. Sebaliknya hanya mengambil masa untuk berehat dan menjauhkan diri daripada telefon.
Rehat, bukan lari
Menjawab dakwaan kononnya dia cuba mengelak daripada orang ramai atau berdepan dengan isu tertentu, Yassin menjawab dengan tenang, “Tak lari, tak menghilang, cuma bercuti. Saja nak tenang-tenangkan diri”.
Kenyataanitu memberikan sedikit kelegaan kepada peminat yang selama ini tertanya-tanya tentang keberadaannya selepas insiden yang dikaitkan dengannya di Arab Saudi pada penghujung tahun lalu.
Bakal pulang ke Malaysia
Dalam sesi yang sama, Yassin turut memaklumkan dia akan pulang ke Malaysia dalam masa terdekat, namun tidak memberikan tarikh khusus.
Walaupun ringkas, jawapan itu cukup menggembirakan peminat yang merindui kemunculannya di pentas seni. Ada yang menyatakan harapan agar dia kembali bersama Senario dalam persembahan dan lawak seperti dahulu.
Sebelum ini, sahabat baiknya, Saiful Apek, pernah memaklumkan Yassin berada dalam keadaan baik dan sedang menjalani proses pemulihan di luar negara. Ramai yang menjangkakan kepulangannya bersempena sambutan Aidilfitri lalu, tetapi tidak jadi.
Kini dengan penampilan terbaharu di TikTok, peminat boleh menarik nafas lega kerana idola mereka masih sihat dan bersemangat untuk kembali.








