Berbilion ringgit dibelanjakan, masalah jalan rosak masih tak selesai | The Reporter

Berbilion ringgit dibelanjakan, masalah jalan rosak masih tak selesai

Gambar hiasan (A.I)

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Kementerian Kerja Raya (KKR) telah memperuntukkan sebanyak RM3.3 bilion dari tahun 2018 hingga 2023 untuk kerja-kerja penyelenggaraan turapan di jalan Persekutuan di seluruh negara.

Namun, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengakui bahawa jumlah peruntukan tersebut masih belum mencukupi untuk menyelesaikan masalah jalan rosak secara keseluruhannya.

Menurut rekod kementerian, masih terdapat sejumlah RM3.3 bilion peruntukan yang diperlukan bagi menyelesaikan kerja-kerja penyelenggaraan yang tertunggak, melibatkan laluan Persekutuan sepanjang 3821.03 kilometer.

Alexander juga menambah bahawa pelbagai faktor luaran telah menyumbang kepada kerosakan jalan. Antaranya adalah pertambahan bebanan trafik dan kenderaan berat yang melebihi muatan.

Ini menjadi salah satu punca utama kerosakan jalan dan ia turut memendekkan jangka hayat jalan berkenaan.

Sumber: Harian Metro

Related Posts