Berbaju Melayu, Che Sayang Kitchen terima anugerah di World Creator Festival, Busan - The Reporter

Berbaju Melayu, Che Sayang Kitchen terima anugerah di World Creator Festival, Busan

Sumber Gambar: Tangkap Layar TikTok Che Sayang Kitchen

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Pempengaruh media sosial dan pencipta kandungan masakan, Che Sayang Kitchen menarik perhatian ramai apabila memenangi anugerah di World Creator Festival di Busan, Korea.

Ramai yang memuji penampilan pempengaruh berkenaan yang memakai bersongkok dan berbaju melayu ketika menerima anugerah.

Menerusi video yang dikongsikan di media sosial, beliau juga menzahirkan ucapan penghargaan kepada semua pengikut-pengikutnya di media sosial yang tidak putus-putus menyokong perjalannya sebagai pempengaruh media sosial.

@chesayang_kitchen

Terima kasih korang yang sokong journey Che Sayang Kitchen sejak hari pertama lagi! Many more success to come, Insyallah 🤲 #chesayangkitchen #부산월크페 #WorldCreatorFestival

♬ come back be here bridge – ruji 👻💖🤠

“Terima kasih yang menyokong journey Che Sayang Kitchen sejak hari pertama lagi,” katanya.

Dalam video berkenaan juga dikongsikan klip video travelog ke Korea.

Menerusi ruangan komen, ramai yang mengucapkan tahniah diatas pencapaiannya.

Tidak kurang juga yang berterima kasih dengan konten yang dihasilkan oleh Che Sayang Kitchen telah memudahkan mereka untuk menghasilkan pelbagai menu.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!