'Berat sangat makanan sampai terpaksa buat camtu?' - Tular video Rider FoodPanda buat aksi wheelie - The Reporter

‘Berat sangat makanan sampai terpaksa buat camtu?’ – Tular video Rider FoodPanda buat aksi wheelie

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Tular gambar seorang penghantar makanan FoodPanda menunggang motosikal secara berbahaya dalam insiden yang berjaya dirakam pengguna jalan raya di Kuching, Sarawak.

Dalam gambar itu, e-hailer terbabit melakukan aksi wheelie tanpa menghiraukan keselamatan diri mahupun pengguna jalan raya lain.

Perbuatan tidak bertanggungjawab e-hailer terbabit mengundang kecaman netizen.

“Dah kena tangkap nanti, mulalah beri alasan, ‘Kami hanya mencari rezeki demi sesuap nasi’,” kata Riska.

“Geng ni tak dapat nak ditegur atau dikecam. Nanti habis geng-geng dia datang backup, walaupun dah jelas dan terang mamat ni buat salah,” kata Nazrin.

Walaupun begitu, ada yang masih berfikiran positif.

“Bersangka baik. Manalah tahu makanan yang dipesan pelanggan tu terlalu berat dan dia terpaksa tunggang motosikal macam tu,” kata Amera.

Penunggang motosikal yang melakukan aksi wheelie di jalan raya boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Kesalahan ini melibatkan memandu kenderaan secara melulu dan berbahaya kepada orang awam.

Hukuman yang boleh dikenakan termasuk penjara tidak melebihi tempoh lima tahun dan denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM15,0001. Selain itu, polis juga berhak merampas motosikal yang digunakan oleh suspek.

Sumber: Sarawak Roads Update

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!