Berang dilarang main TikTok, suami tergamak membelasah isterinya sehingga tidak bernyawa | The Reporter

Berang dilarang main TikTok, suami tergamak membelasah isterinya sehingga tidak bernyawa

Seorang lelaki tergamak membelasah isterinya sehingga meninggal dunia hanya kerana berpunca daripada perasaan cemburu.

Ketua Polis Daerah Bojong Gede, Robinson berkata, kejadian itu berlaku pada Khamis, 19 Oktober lalu di Bogor, Jawa Barat, Indonesia.

Siasatan awal mendapati, saspek terdahulu ditegur oleh isterinya untuk tidak melayari aplikasi TikTok. Apatah lagi TikTok yang menjadikan wanita sebagai kandungan (content).

“Mangsa hantar mesej kepada suaminya supaya tidak bermain TikTok,” kata Robinson kepada wartawan, Jumaat lalu, 20 Oktober 2023.

Pada sebelah malam selepas saspek pulang ke rumah, dia terus masuk dan memarahi mangsa yang didakwa masih menaruh perasaan cemburu terhadap bekas isterinya yang telah meninggal dunia.

“Punca kejadiannya disebabkan cemburu. Jadi, mangsa cemburu terhadap suaminya yang ketika membuka telefon bimbit yang ketika itu membuka telefon bimbit dan terpapar akaun TikTok bekas isterinya yang sudah meninggal,” jelas Robinson.

Perselisihan mereka bertukar menjadi pergaduhan. Saspek yang hilang kawalan terus memukul dan menghentak kepala mangsa ke dinding bilik. Selepas membelasah mangsa, saspek terus beredar dari lokasi kejadian.

Selepas kejadian itu, mangsa mengalami pening kepala dan muntah-muntah serta tidak sedarkan diri kira-kira jam 10.30 malam. Bimbang melihat keadaannya itu, mangsa terus dikejarkan ke hospital dan disahkan sudah tidak bernyawa.

Tidak beberapa lama selepas itu, saspek berjaya ditahan untuk siasatan lanjut.

Sumber: Detik News

Related Posts