Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Susulan tular video/gambar yang mendakwa pelakon Bella Astillah curang terhadap suaminya, tuan empunya badan tampil menjelaskan hal sebenar.
Dalam temubual bersama portal hiburan Xtra, Bella menjelaskan dia sememangnya sengaja berbuat demikian untuk mendapatkan perhatian suaminya, Aliff Aziz.
“Besok adalah tarikh (perbicaraan) cerai Bella, kenapa hari ini baru dikeluarkan? Sebenarnya untuk kes Bella ini, benda ini (dibuat) tahun lepas, dah lama. Dan pada ketika itu, tujuan Bella ketika itu adalah untuk membuatkan suami Bella cemburu. Itu niat Bella.
“Bella percaya rakan-rakan media kenal Bella, macam mana Bella sayang Aliff. Dalam masa sama bila Bella gunakan seseorang ini, untuk membuatkan suami Bella cemburu sebab pada ketika itu dia curang bersama dua wanita lain. Yang Bella tidak perlu sebutkan nama mereka.
“Jadi Bella nakkan perhatian dia, dan dengan cara itu Bella berharap dia memberikan perhatian kepada Bella. Kalau Bella buat macam ini, dia mesti cemburu. Maksudnya Bella masih sayangkan dia,” katanya.
Aliff curang 11 kali
Dalam temubual itu juga, Bella mendedahkan Aliff sudah banyak curang iaitu 11 kali.
“Korang (netizen) cakap Aliff curang 4, 5, 6 kali. Secara jujurnya Aliff dah curang 11 kali dengan bukti. Aliff tahu benda ini.
“Semenjak Aliff kena tangkap khalwat, Bella tak ada bagi apa-apa statement sebab Bella sendiri pun terkejut walaupun ada yang memfitnah Bella perangkap (Aliff). Korang rasa Bella ada kekuatan (untuk berbuat demikian),” ujarnya.