Penganjur anugerah dikritik kerana letak Bella Astillah umum kemenangan Sophia Albarakbah | The Reporter

Penganjur anugerah dikritik kerana letak Bella Astillah umum kemenangan Sophia Albarakbah

Bella Astillah menyerahkan trofi dan sejambak bunga kepada Sophia Albarakbah di atas pentas anugerah.
Momen tular: Bella Astillah menyerahkan trofi kemenangan kepada Sophia Albarakbah dalam kategori Selebriti Feminin Terhangat.
Netizen anggap tindakan tidak sensitif, momen canggung Bella di pentas jadi tular

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Sebuah program anugerah hiburan malam tadi mencetuskan perbualan hangat apabila penyanyi Bella Astillah dilihat mengumumkan nama Sophia Albarakbah sebagai pemenang kategori Selebriti Feminin Terhangat.

Situasi itu menjadi tumpuan apabila Bella yang pernah dikaitkan dengan kontroversi peribadi membabitkan individu sama, terpaksa menyebut nama tersebut secara langsung di pentas.

Rata-rata penonton menyifatkan momen itu sebagai ‘awkward’ dan ‘tidak berperikemanusiaan’, melihatkan ekspresi Bella yang dikatakan cuba menahan sebak. Ada juga yang memuji sikap profesional Bella kerana mampu mengawal diri meskipun jelas sedang bergelut dengan emosi.

Baca juga:

“Sengaja ke pilih Bella umum nama tu?” Netizen persoal keputusan penganjur

Ruang komen di media sosial dihujani kritikan terhadap pihak yang mengatur giliran penyampai trofi, dengan ramai berpendapat situasi itu seolah-olah disengajakan untuk mencetuskan perhatian.

“Kenapa mesti bagi Bella umum part ni? Tak sensitif langsung.”
“Sampai suara Bella bergetar. Boleh nampak dia tahan diri.”
“Dah tahu calon siapa, takkan tak boleh elak momen ni.”

Beberapa penonton turut menyuarakan simpati terhadap Bella dan mengkritik tindakan pihak produksi yang didakwa mengambil kesempatan atas isu lama demi mencipta ‘viral moment’. Malah, ada yang menyifatkan ia sebagai momen paling tidak sensitif yang pernah disaksikan di pentas hiburan tahun ini.

Acara hiburan perlu lebih peka, bukan sekadar kejar viral

Kejadian ini membuka semula perbincangan tentang etika di pentas hiburan, sejauh mana wajar sesebuah produksi meletakkan elemen kejutan yang menyentuh sejarah peribadi artis atas nama kandungan siaran langsung. Ramai menyeru agar sensitiviti dan empati menjadi pertimbangan utama dalam merancang sesuatu acara.

Sumber: Instagram

Related Posts