Bekas wartawan asing dakwa dicabul 50 lelaki tempatan ketika berjalan di KL? - The Reporter

Bekas wartawan asing dakwa dicabul 50 lelaki tempatan ketika berjalan di KL?

Baru-baru ini tular mengenai pasangan warga Sepanyol yang diserang di India. Pasangan berkenaan yang dikenali sebagai Vicente dan Fernanda mengesahkan Fernanda dirogol dan Vicente dipukul berulang kali. Kisah mereka mula mendapat perhatian ramai dan mula menimbulkan pelbagai persepsi.

Bagaimanapun, menurut bekas wartawan asing kejadian tersebut bukan hanya berlaku di India. Malahan, ketika dia berada di Kuala Lumpur, dia juga berasa tidak selamat. Katanya, wanita berkulit putih tidak selamat berada di Kuala Lumpur dan berpotensi dicabul bagi setiap dua minit jika berada di bandar berkenaan.

“Bukan hanya di India, seorang wanita kulit putih yang berjalan di Kuala Lumpur menjangkakan payudaranya diraba kira-kira setiap dua minit,” katanya yang membalas ciapan seorang lelaki.

Dalam masa sama, wanita ini juga berkongsikan pengalaman telah diraba oleh 50 orang lelaki Melayu semasa dalam perjalanan dari Pasar Seni menuju ke Shang ri La. Susulan itu, dia membuat keputusan untuk berpindah ke Singapura.

“Saya mula membawa payung besar dan memukul sesiapa sahaja yang cuba untuk lakukan gangguan seksual terhadap saya.

“Saya membawa isu ini kepada pemimpin politik mengatakan ia adalah PR buruk untuk bandar itu. Dan mereka menganggap itu sebagai jenaka.

“Ia bukan rogol tetapi ia adalah serangan seksual,” katanya.

Wanita ini turut mendakwa pihak polis tidak membantunya ketika dia dilanggar pemandu teksi. Anggota polis berkenaan dikatakan tidak pandai berbahasa Inggeris.

Bagaimanapun,dakwaan yang dinyatakan oleh wanita ini dianggap netizen sebagai tidak berasas. Ramai yang ragu-ragu dengan kenyataan beliau diraba oleh 50 lelaki di tengah-tengah kota raya yang sibuk.

Sumber: Christine Hill

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!