Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Dalam sesebuah perkahwinan, sikap tolak ansur diperlukan bagi menjamin sebuah perkahwinan yang bahagia. Sikap toleransi diperlukan dalam setiap aspek samada dalam pengurusan rumah, mahupun dalam urusan keluarga.
Kebiasaannya tugas menguruskan rumah tangga diuruskan oleh isteri namun perkongsian dari lelaki ini membuatkan ramai dalam kalangan wanita memuji sikap tanggungjawab lelaki ini.
“Bila dah kahwin, hampir semua kerja rumah aku buat. Bila isteri buat, aku rasa bersalah. Entah kenapa. Mungkin sebab dia dah lahirkan anak-anak, jaga diorang setiap hari.
“Beban tugas sebagai suri rumah berat tau. Wife pernah menangis depan aku beberapa kali,” tulisnya.



Dia juga menyatakan tugas-tugas tersebut dibuat kerana mahu tunjukkan pada kedua-dua anak lelakinya tugas dalam rumah perlu dibuat oleh lelaki.
“Tak semestinya perempuan yang kena buat, sebab aku ada dua anak lelaki. Kena tunjuk kat diorang kerja rumah tu lelaki yang kena buat.
“Aku didik siap-siap melalui teladan, don’t tell, show!” tulisnya.

Tambahnya lagi sesebuah perkahwinan itu bukan mudah ada dugaan dan cabaran.
“Perkahwinan bukan mudah, hadapi dengan tenang. Aku tak perfect. Ada je buat silap.
“Bagi yang nak berkahwin, get ready kita nak duduk serumah dengan orang yang punya perangai berbeza. Sikap toleransi penting, ego kena buang jauh-jauh,” tulisnya.




Lelaki yang juga bergelar seorang guru ini juga menyatakan perkahwinan yang dibinanya selama lima tahun juga banyak menyedarkannya pelbagai perkara terutamanya dalam ilmu keibubapaan.
“Tahun ketiga berkahwin baru lah sedar diri, berubah ke arah yang lebih baik. Dan tahun itu juga belajar ilmu parenting, belajar cara kawal emosi dan cara didik anak,” katanya.
Sumber: Twitter