Peniaga bazar Jalan TAR dakwa lengang, tapi video orang awam tunjuk sebaliknya? | The Reporter

Peniaga bazar Jalan TAR dakwa lengang, tapi video orang awam tunjuk sebaliknya?

Suasana bazar Jalan TAR yang dipenuhi pengunjung membeli-belah menjelang Aidilfitri.
Suasana Bazar Aidilfitri di Jalan TAR dari video orang awam yang tular di media sosial

Dakwaan peniaga mengenai kurangnya pengunjung di Bazar Aidilfitri Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR) mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen selepas tinjauan orang ramai menunjukkan suasana sesak di lokasi tersebut.

Media sebelum ini memetik kenyataan seorang peniaga pakaian wanita di lokasi tersebut yang mendakwa lebih banyak ‘termenung’ menunggu pelanggan sejak mula berniaga pada 3 Mac lalu. Menurutnya, jumlah pengunjung tahun ini jauh berbeza berbanding sebelumnya.

Baca: Pengguna terkejut secawan air RM10, bihun sup RM20 di bazar Jalan TAR

“Sejak awal Ramadan, jumlah pengunjung amat kurang. Jika dahulu, awal-awal puasa pun bazar dah penuh orang. Sekarang, sehari hanya satu dua pelanggan dengan jualan sekitar RM100. Saya harap keadaan berubah menjelang hari raya,” katanya.

Namun, tinjauan di media sosial menceritakan situasi berbeza apabila perkongsian netizen di TikTok menunjukkan bazar tersebut penuh sesak dengan orang ramai.

@zatulhsn

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


cicak napass

♬ selamat berhari – yayashiyo

“Semalam tengok live, ada peniaga bazar Jalan TAR jual kurta. Kedai dia bukan main laku, jam 1 pagi pun ramai lagi orang. Mana yang kata tak ada pelanggan?” komen seorang pengguna.

Jalan sesak teruk, ramai patah balik

Ada juga yang berkongsi pengalaman kesesakan lalu lintas dan kepadatan pengunjung di kawasan bazar itu, hingga ada yang terpaksa membatalkan rancangan ke sana akibat kesukaran mencari parkir.

“Stuck sejam lebih tak bergerak kereta, last-last cancel tak jadi pergi,” kata seorang lagi netizen.

Sebahagian pihak mempersoalkan naratif ‘ekonomi tenat’ yang sering diperkatakan, namun tidak selari dengan keadaan bazar yang masih dipenuhi orang ramai. Pada masa yang sama, ada pengunjung yang berpendapat susunan bazar tahun ini lebih teratur, menjadikan urusan membeli-belah lebih mudah tanpa perlu bersesak seperti sebelumnya.

“Wahai peniaga Jalan TAR, sebagai pembeli kami lebih suka susunan macam ni, lebih mudah. Jadi tak perlu salahkan pihak berkuasa, kami tetap nak pergi beli,” tulis seorang netizen yang mendapat ribuan tanda suka.

Keadaan sebenar di Bazar Aidilfitri Jalan TAR nampaknya bergantung pada perspektif masing-masing – ada yang menganggap ia kurang meriah, tetapi bagi ramai pengunjung dan netizen, suasana tetap sama setiap tahun.

Related Posts