Komuniti Old Money Club MY tampil menegaskan dakwaan mereka membayar peserta sebanyak RM100 jika video mencapai 10,000 tontonan adalah fitnah semata-mata dan tidak berasas.
“Kami menegaskan dakwaan ini adalah fitnah semata-mata dan tidak berasas. Video yang tular di media sosial dan dikaitkan dengan komuniti kami sebenarnya telah disunting secara grafik.
“Ia adalah hasil suntingan pihak tertentu, yang video tersebut adalah hasil dari padanan dan sokongan agenda daripada masyarakat tidak berprinsip yang tidak dikenali, untuk menjatuhkan kredibiliti kami dan menjejaskan imej baik Komuniti Old Money Club MY.
“Kami percaya bahawa individu ini mempunyai niat yang buruk dan kesungguhan yang jelas untuk menjejaskan reputasi kami,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan semalam.

Old Money Club juga melahirkan rasa kesal terhadap penyebaran fitnah ini yang dilihat bertujuan mencemarkan kredibiliti dan reputasi komuniti tersebut. Tambahan pula, komuniti itu memberi amaran bahawa tindakan undang-undang akan diambil terhadap mana-mana pihak yang terus menyebarkan tuduhan tidak berasas ini.
“Kami menegaskan bahawa, kami tidak akan berkompromi dalam soal integriti dan kredibiliti. Kami akan menggunakan segala usaha dan sumber yang ada untuk terus berkembang serta memberi manfaat kepada semua,” kata kenyataan itu lagi.
Sumber: Instagram Andika Putera








