Bawa pulang gangsa, Aaron Chia, Soh Wooi Yik & Lee Zii Jia terima kereta mewah dari Chery Malaysia | The Reporter

Bawa pulang gangsa, Aaron Chia, Soh Wooi Yik & Lee Zii Jia terima kereta mewah dari Chery Malaysia

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Aaron Chia, Soh Wooi Yik dan Lee Zii Jia yang telah mengharumkan nama negara dengan membawa pulang pingat gangsa akan menerima hadiah istimewa dari Chery Malaysia iaitu kereta utiliti sukan (SUV) Chery Tiggo 7 Pro.

Dalam hantaran di Facebook itu juga, pihak Chery Malaysia mengucapkan tahniah diatas kemenangan pingat gangsa yang diperoleh mereka.

Ini merupakan satu ganjaran yang diberikan atas semangat juang mereka dalam mengharumkan nama negara.

“Di Chery, kami amat berbangga dengan pencapaian luar biasa yang ditunjukkan oleh mereka,” katanya.

Dalam pada itu, SUV Chery Tiggo 8 ProChery ditawarkan kepada mana-mana atlet yang berjaya memenangi pingat emas pertama dalam Sukan Olimpik Paris.

Difahamkan, Chery Malaysia merupakan jenama pertama yang mengumumkan tawaran kepada atlet-atlet badminton berkenaan.

Terdahulu, pelbagai tawaran yang dikemukakan oleh pelbagai pihak termasuk wang tunai RM2 juta kepada mana-mana atlet yang berjaya merangkul pingat emas pertama di Sukan Olimpik.

Sumber: Chery Malaysia

Related Posts