Memasuki minggu kelima, program The Hardest Singing Show sebuah rancangan realiti anjuran Astro Ria terus menarik perhatian ramai.
Walaupun setiap minggu dikritik netizen gara-gara persembahan artis pada malam-malam sebelumnya, namun pada malam semalam dengan membawakan tema Ilusi LED, kebanyakan peserta dilihat dapat menjiwai persembahan dengan begitu baik.
Menduduki tempat pertama pada minggu kelima, persembahan dari Aepul Roza dipuji ramai. Dengan penuh penghayatan, Aepul yang membawakan lagu Surat Cinta Buat Starla nyanyian Virgoun meruntun hati penonton.
Persembahan yang dilihat begitu natural dan bersahaja namun meninggalkan bekas di hati penonton. Di akhir persembahan juga, Aepul telah memberikan kejutan dengan membawa isterinya, Leez Rosli atau lebih dikenali sebagai Leez AF4 ke pentas.
Walaupun pelbagai pergerakan dibuat oleh Aepul, namun vokal dan suaranya kata netizen masih sedap didengar.
Dalam pada itu, menerusi satu hantaran di TikTok, individu ini mendedahkan Aepul merupakan seorang yang pentingkan kualiti dalam persembahan dan menjaga dari semua sudut sebelum naik ke pentas.
The Hardest Singing Show telah memulakan siarannya pada 12 Mei 2024 dengan menampilkan beberapa penyanyi terkenal antaranya, Aishah Retno, Zizi Kirana, De Fam, Stacy dan ramai lagi.
Sumber: sooka Malaysia, Shaff








