Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang remaja perempuan (OKU) berusia 13 tahun dirogol bapanya sehingga melahirkan bayi dalam kejadian di Daerah Dungun, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura Abdul Kadir berkata, perbuatan suspek berusia 45 tahun tu terbongkar selepas mangsa mengadu sakit di bahagian perut dan dibawa ke klinik berdekatan unttuk mendapatkan rawatan.
Doktor kemudian memaklumkan kepada ibu mangsa bahawa anaknya telah melahiran seorang bayi perempuan di klinik itu pada jam 7 malam. Mangsa dan bayinya dihantar ke Hospital Dungun untuk tindakan lanjut.
Susulan kejadian itu, polis telah menahan suspek untuk disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Semakan mendapati, buruh terbabit mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan dadah.
Siasatan awal polis percaya, suspek telah merogol mangsa sejak berusia 12 tahun.
Sumber: Harian Metro








