Bagi mengelakan kesesakan lalu lintas di lebuh raya bertol, satu inisiatif telah dibuat oleh kerajaan iaitu pengguna jalan raya dapat menggunakan laluan tol tanpa palang tidak lama lagi.
Terdahulu, media melaporkan kerajaan akan membelanjakan sebanyak RM3.46 bilion bagi pelaksanaan Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF)
Timbalan Menteri Kerja Raya (KKR), Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata ujian penggunaan Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) di lebuh raya di Malaysia akan dilakukan pada tahun hadapan.
Pihaknya telah membuat kajian penggunaan MLFF di banyak negara untuk melihat yang paling sesuai digunakan di Malaysia.
“Kita dah buat kajian di banyak negara dan kita hendak yang terbaik. Sekarang dalam proses kajian dan dalam masa yang sama kita akan cuba pada 2024.
“Banyak negara sudah menggunakan MLFF dan kegunaannya adalah sangat baik. Jadi Insya-Allah kita akan cuba sedaya upaya,” katanya.
Pelaksanaan sistem tersebut bagi menambah baik mutu pengurusan lebuh raya, terutama kesesakan semasa pengguna membuat pembayaran tol.
MLFF dapat berfungsi dengan sistem Pengenalan Frekuensi Radio (RFID) dan Pengecaman Nombor Pendaftaran Automatik (ANPR).