'Banjir di Kalimantan Utara juga adalah kiriman dari Malaysia' - Agensi berita Indonesia diselar netizen - The Reporter

‘Banjir di Kalimantan Utara juga adalah kiriman dari Malaysia’ – Agensi berita Indonesia diselar netizen

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Semalam, Menteri Alam Sekitar Indonesia, Siti Nurbaya menafikan dakwaan jerebu yang berlaku di negaranya telah merentas sempadan sehingga menjejaskan kualiti udara di Malaysia.

Beliau berkata, dia yakin dengan perkara itu berdasarkan dapatan data yang diperoleh Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika yang menunjukkan taburan jerebu hanya dikesan di kawasan Sumatera dan Kalimantan.

Hari ini, tular video penyampai berita dari agensi berita Indonesia yang mendakwa banjir yang berlaku di Kalimantan adalah ‘kiriman’ dari Malaysia.

Video tersebut melaporkan bencana banjir berlaku di Daerah Nunukan, Kalimantan Utara yang telah menyebabkan ratusan rumah penduduk di 10 kawasan itu musnah.

“Selain disebabkan taburan hujan yang tinggi, banjir juga merupakan kiriman daripada Malaysia,” katanya.

Dakwaan yang sama juga dinyatakan oleh Ketua Lembaga Pengurusan Bencana Kebangsaan (BNPD), Arif Budiman, seolah-olah menyalah Malaysia di atas bencana yang tidak diingini itu.

Pelaporan berita dari iNews itu mengundang kemarahan netizen di Malaysia yang menyifatkan agensi itu kurang cerdik.

“Ingatkan rakyat biasa je tak bijak. Yang atasan pun tak bijak. Mana rakyatnya pun ikut. Buat malu je,” kata Fourleaf.

“Banjir ni bukan kita yang buat-buat macam jerebu. Jerebu yang datang dari negara jiran tu pun depa tak mengaku. Masalah betul Indo ni. Dah buat masalah, tak mengaku,” kata Syah.

Total
0
Shares
Total
0
Share