'Bakpo abe cameraman buat gitu?' - Pemilik butik terkejut cameraman tolak pengantin lelaki ke dalam parit | The Reporter

‘Bakpo abe cameraman buat gitu?’ – Pemilik butik terkejut cameraman tolak pengantin lelaki ke dalam parit

Sumber Gambar: Tangkap layar video tular

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Tular di media sosial seorang jurukamera bertindak menolak pengantin lelaki ke sebuah parit ketika sesi bergambar.

Semasa insiden berkenaan, jurukamer tersebut meminta pengantin lelaki memandang ke cahaya matahari sambil memegang keris. Ketika itu, jurukamera masih mengambil gambar pengantin dan kemudiannya seolah memberikan isyarat kepada seseorang dan terus menolak pengantin lelaki tersebut ke dalam parit.

https://twitter.com/rabbaniahmad_/status/1880996328354013366

Melihat kejadian itu, pengantin perempuan menjerit seolah tidak percaya dengan tindakan jurukamera. Pengantin lelaki hanya dilihat bersahaja dan ketawa diusik begitu.

Bagaimanapun, menerusi komen tular dari seorang wanita yang dipercayai pemilik butik baju pengantin berkenaan terkejut dengan tindakan jurukamera.

https://twitter.com/rabbaniahmad_/status/1880997530932277723

Katanya, baju pengantin yang merupakan kain jenis songket itu akan rosak dan tidak boleh terkena air. Jelasnya juga, pakaian songket, tanjak dan aksesori ada cucian khas yang perlu dibuat.

Keadaan itu juga telah merisaukan pemilik butik kerana baju berkenaan akan dipakai oleh pengantin seterusnya. Bakal pengantin juga dikatakan telah menghubungi dan bertanyakan tentang isu tular itu.

Susulan itu juga, jurukamera dikatakan telah memohon maaf kepada pemilik butik dan akan bertanggungjawab dengan insiden yang berlaku.

Dalam pada itu wanita berkenaan juga menegaskan video tular itu bukanlah konten atau promosi yang dibuat untuk menaikkan nama butik seperti didakwa sesetengah pihak.

Related Posts