Bakal teman wanita tak nak kongsi bayar bil, lelaki nekad buat laporan polis kerana terpaksa tanggung bil RM773 - The Reporter

Bakal teman wanita tak nak kongsi bayar bil, lelaki nekad buat laporan polis kerana terpaksa tanggung bil RM773

Gambar hiasan | Freepik

Pihak berkuasa Rusia kini sedang mengesan seorang gadis muda yang dilaporkan keluar dari kafe dan meninggalkan ‘pasangannya’ selepas lelaki itu mencadangkan mereka membayar bil sama rata.

Lelaki berusia 28 tahun dari Moscow itu membuat laporan polis terhadap gadis berkenaan yang baru dikenalinya, selepas dia enggan membahagikan bil dan menyebabkan pengadu terpaksa menanggung bil berjumlah 16,000 rubel (RM773).

Difahamkan, pengadu mengenali gadis itu secara online beberapa minggu lalu sebelum merancang untuk keluar menghadiri temu janji bersama di sebuah kafe di Mira Avenue, Moscow.

Pada hari kejadian, segalanya berjalan dengan lancar sehinggalah pelayan datang menyerahkan bil.

Pengadu mencadangkan agar mereka membahagikan bil secara sama rata. Namun, gadis berkenaan tidak bersetuju dan mendakwa pengadu membuat pesanan terlalu banyak serta perlu membayar bil tersebut.

Selepas bertengkar beberapa minit, gadis itu mengambil keputusan untuk keluar dari kafe dan meninggalkan pengadu.

Berang dilayan seperti sampah, pengadu terus ke balai dan membuat laporan polis terhadap gadis berkenaan.

Tidak diketahui apa yang berlaku seterusnya, tetapi lelaki itu dipercayai akan terus berdepan dengan kesukaran untuk mendapatkan pasangan hidup kerana terlalu berkira. – Agensi

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!