Baru-baru ini, sesi perbahasan di Dewan Rakyat kecoh susulan insiden perang mulut antara dua Ahli Parlimen, iaitu RSN Rayer (PH-Jelutong) dan Datuk Awang Hashim (PN-Pendang).
Insiden tersebut mengundang kritikan ramai pihak yang berpendapat kelakuan kedua-dua wakil rakyat itu tidak mencerminkan kematangan sebagai wakil rakyat.
Pengacara terkenal, Datuk Aznil Nawawi, turut memberi pandangan menerusi hantaran di media sosial dengan menyatakan bahawa siaran langsung sidang Dewan Rakyat tidak wajar dipertontonkan secara umum.
Baca juga:
- Roy Azman anggap filem Konspirasi pengalaman bermakna
- Filem Konspirasi didakwa henti tayangan, Sarimah Ibrahim luah rasa kecewa
- Tabung untuk Adrian Adam dihentikan, Pak Nil umum jumlah kutipan
Menurut beliau, sekiranya selebriti berkelakuan sedemikian di televisyen atau radio, mereka akan segera dipanggil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta diberikan peringatan.
“Sudah masanya kita tak perlu tonton perangai macam ni.
“Kalau kami berkelakuan macam ni di TV atau radio, kami akan dipanggil menghadap MCMC dan lesen kami akan diingatkan untuk ditarik! Saluran Parlimen ni dah kena ada panduan tontonan.
“It’s been too long until someone said this!” katanya lagi.
Kenyataan beliau turut dipersetujui oleh netizen yang berpendapat sesi Parlimen seharusnya menampilkan pemimpin beradab serta menjaga sopan santun agar terus dihormati masyarakat.








