Australia benarkan pekerja abaikan e-mel & panggilan kerja, selepas waktu bekerja | The Reporter

Australia benarkan pekerja abaikan e-mel & panggilan kerja, selepas waktu bekerja

Foto hiasan sahaja

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Australia bersetuju memberi jutaan pekerja hak undang-undang untuk “mengabaikan panggilan dan e-mel kerja” bermula Isnin, 26 Ogos 2024. Ini bermakna mereka boleh mengabaikan panggilan dan e-mel kerja di luar waktu kerja yang tidak munasabah daripada majikan.

Langkah ini bertujuan untuk membantu pekerja mencapai keseimbangan antara kerja dan kehidupan peribadi, terutama bagi mereka yang sering terikat dengan telefon dan e-mel kerja.

Presiden Majlis Kesatuan Sekerja Australia, Michele O’Neil, menyambut baik undang-undang ini. Beliau berkata ia memberi pekerja peluang untuk menikmati masa berkualiti bersama keluarga tanpa tekanan untuk sentiasa menjawab panggilan dan e-mel kerja.

‘Hari ini adalah hari bersejarah bagi pekerja,” katanya.

Namun, undang-undang ini mendapat sambutan dingin daripada industri besar. Kumpulan Industri Australia berkata, undang-undang ini dilaksanakan secara tergesa-gesa dan membingungkan. Pihaknya bimbang jika pekerja dan majikan keliru tentang sama ada mereka boleh membuat atau menerima panggilan di luar waktu kerja untuk menawarkan syif tambahan.

Undang-undang ini mula berkuat kuasa untuk syarikat bersaiz sederhana dan besar, memberi peluang kepada pekerja dan majikan untuk menyesuaikan diri dengan peraturan baru ini, manakala syarikat kecil dengan kurang daripada 15 pekerja akan dilindungi mulai 26 Ogos 2025.

Pengarah Dasar Hubungan Tempat Kerja Nasional bagi Kumpulan Industri Australia, Brent Ferguson, menjelaskan undang-undang baru ini tidak melarang majikan daripada menghubungi pekerja di luar waktu kerja, tetapi memberi hak kepada pekerja untuk menolak hubungan tersebut.

Sumber: Al Jazeera

Related Posts