Atlet Triatlon Kanada muntah 10 kali selepas berenang di Sungai Seine - The Reporter

Atlet Triatlon Kanada muntah 10 kali selepas berenang di Sungai Seine

Sumber Gambar: The Mirror

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Penganjur Sukan Olimpik 2024, Perancis kali ini mendapat kritikan hebat dari awal pembukaan sehinggalah beberapa acara yang tidak memuaskan hati pelbagai pihak.

Terbaharu, seorang peserta triatlon Kanada,Tyler Mislawchuk dilaporkan mengalami muntah selepas dia menyelam di dalam Sungai Seine.

Insiden berkenaan berlaku sebaik sahaja peserta berkenaan baru sahaja melintasi garisan penamat selepas berenang hamper 1.6 kilometer di Sungai Seine.

Bagaimanapun, peserta berkenaan menyatakan dia tidak berasa menyesal walaupun sudah muntah sebanyak 10 kali.

Sebelum ini, Sungai Seine merupakan sungai yang dilarang untuk berenang kerana dibimbangi orang ramai akan dijangkiti kuman E-coli jika tertelan air sungai tercemar.

Bagaimanapun, buat kali pertama dalam tempoh 100 tahun, atlet-atlet yang mengambil bahagian dalam acara renang maraton dan triatlon dibenarkan berenang di dalam sungai itu.

Kerajaan Perancis sebelum ini telah membelanjakan sebanyak kira-kira AS$1.5 bilion (RM4.5 bilion) untuk memastikan peningkatan kualiti Sungai Seine.

Sumber: Kosmo

Total
0
Shares
Total
0
Share