Atlet judo Tajikistan enggan bersalam selepas tewaskan atlet Israel - The Reporter

Atlet judo Tajikistan enggan bersalam selepas tewaskan atlet Israel

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Atlet judo dari Tajikistan menarik perhatian dunia apabila dia menolak untuk berjabat tangan dengan pesaingnya dari Israel selepas mengalahkannya dalam Sukan Olimpik Paris 2024. Lleaki berkenaan sebaliknya melaungkan kalimah ‘Allahu Akbar’.

Nurali Emomali, bertemu dengan pesaingnya dari Israel, Baruch Shmailov, dalam pusingan 16 bagi kategori 66 kilogram (kg).

Menurut Persatuan Judo Antarabangsa, Shmailov kalah kepada Emomali dalam masa satu minit dan tujuh belas saat, dan Emomali kemudiannya bertemu dengan Hifumi Abe dari Jepun.

Pertandingan antara Emomali dan Shmailov kemudiannya diikuti dengan perlawanan Shmailov menentang Abderrahmane Boushita dari Morocco.

Atlet Morocco juga dilaporkan tidak berjabat tangan dengan Shmailov.

Berjabat tangan dengan lawan selepas tamat perlawanan judo bukan kewajipan tetapi merupakan satu adat dan tanda hormat.

Bagaimanapun, Emomali mengalami kekalahan yang menyakitkan dalam perlawanan menentang Hifumi Abe dari Jepun. Emomali dikatakan menangis dan bahunya terseliuh.

Dia juga dilaporkan mengalami kecederaan pada lengan kiri semasa cuba untuk mengelakkan jatuh.

Kekalahan Emomali dihujani dengan komen negatif daripada masyarakat pro Israel yang menyifatkan kejadian tersebut adalah ‘karma’.

https://twitter.com/rose_k01/status/1817576509231829065

Sumber: Knewz

Total
0
Shares
Total
0
Share