'Athirah sendiri yang serahkan Musa pada Noh semasa ketiadaan Mizz Nina' - Fynn Jamal | The Reporter

‘Athirah sendiri yang serahkan Musa pada Noh semasa ketiadaan Mizz Nina’ – Fynn Jamal

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Kemelut mengenai isu penjagaan anak angkat selebriti Noh hujan dan Mizz Nina masih tidak berkesudahan. Walaupun menerusi laporan menyatakan hak mutlak penjagaan anak angkat tersebut adalah milik Mizz Nina, namun isu ini dilihat semakin rumit apabila pendedahan demi pendedahan dibuat.

Baru sahaja reda isu ini, selebriti Fynn Jamal pula tampil menjelaskan dalam satu temubual menyatakan segala urusan pengambilan anak angkat (Musa) diuruskan olehnya. Mengulas isu komen yang ditinggalkan olehnya beberapa hari lalu, dia menyatakan komen tersebut merupakan ekspresi luahan rasa kecewa dengan isu yang berlaku.

“Fynn tahu semua dokumentasi, tahu apa laluannya dan tahu hak penjagaan ada dua nama,” katanya.

Fynn turut menjelaskan dakwaan Athirah yang Noh cuba memanipulasi kenyataan. Katanya Athirah sendiri yang menyerahkan Musa kepada Noh semasa ketiadaan Nina.

“Berdasarkan perbualan, Athirah yang ambik Musa dan bagi Musa kat Noh. Semua ni ada dalam WhatsApp. Apa yang Athirah cakap semuanya lain,” katanya.

Bersuara untuk Musa

Tidak memihak kepada sesiapa sebaliknya Fynn menyatakan dia bersuara hanya untuk Musa.

“Saya bersuara demi Musa kerana saya yang membantu proses dokumentasi untuk mengambilnya sebagai anak angkat. Demi Allah semua yang saya katakan ini ada fakta dan bukti. Malah, saya juga mempunyai video dan bukan hanya sekadar menuduh secara kosong saja.

“Apa yang boleh saya katakan di sini, buang ego dan ingat Allah SWT. Sebab kalau bukan di dunia, pembalasannya pasti di akhirat nanti. Ini bukan soal siapa menang atau kalah.

“Saya rasa berdosa kerana tidak dapat membantu Musa,” kata Fynn.

Dalam masa yang sama, Fynn turut berasa kecewa dengan situasi yang berlaku ketika ini antara Mizz Nina dan Noh. Dia juga mengharapkan perjalanan dalam hidup Musa indah belaka.

“Saya marah kerana apabila mereka tiada anak, mereka mahukan anak namun bila sudah ada, kenapa buat anak seperti ini?

“Saya berharap Musa tahu yang dia indah. Malah, saya juga berharap dia tahu yang dia disayangi dan dimahukan. Semoga dia nampak yang indah-indah saja di dunia ini,” katanya.

Sumber: officialhlive

Total
0
Shares
Total
0
Share