'At least bayarla RM10', lelaki pula dedah perbuatan guard hospital tular | The Reporter

‘At least bayarla RM10’, lelaki pula dedah perbuatan guard hospital tular

Rakaman perbualan Iman dan pengawal keselamatan dari dalam kereta
Rakaman tular di TikTok menunjukkan perbualan antara Iman Kamil dan seorang pengawal keselamatan wanita di Hospital Kajang berhubung isu parkir. Gambar: TikTok Iman Kamil

Seorang pengawal keselamatan wanita di Hospital Kajang sekali lagi menjadi perhatian selepas didakwa cuba meminta bayaran tidak sah daripada seorang pengunjung.

Insiden itu dikongsi oleh pempengaruh TikTok, Iman Kamil yang memuat naik rakaman perbualannya bersama pengawal keselamatan terbabit. Dalam video tersebut, Iman menjelaskan beliau telah meletakkan kenderaan di satu kawasan lapang tanpa papan tanda larangan atau kon amaran, namun ditegur sebaik saja keluar dari bangunan hospital.

Pengawal keselamatan menyatakan tempat itu tidak boleh dijadikan tempat letak kereta kerana menerima aduan daripada pihak pengurusan. Beliau juga mendakwa hampir mengarahkan tindakan penguncian tayar dilakukan terhadap kereta Iman.

Iman kemudian mempersoalkan ketiadaan papan tanda dan kon sambil menegaskan bahawa dia tidak menyekat laluan atau mengganggu operasi. Pengawal keselamatan itu memberitahu bahawa ketika Iman memarkir, dia tiada di lokasi kerana keluar makan dan kereta Iman pasti telah dihalang untuk parkir jika dia berada di situ.

Situasi menjadi lebih serius apabila pengawal keselamatan terbabit meminta bayaran sekitar RM10 sebagai tanda simpati, dengan alasan dirinya terpaksa berdepan masalah hanya kerana Iman parkir di kawasan tersebut. Iman menolak permintaan itu, menyifatkannya sebagai tidak wajar dan menyatakan tindakan tersebut merupakan satu perbuatan rasuah.

@yes_iman

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Kalau korang sanggup bayar atau sanggup clamping? Yee salah tetap salah, tapi kenapa tak clamp?🤔 📍 Hospital Kajang

♬ original sound – Iman Kamil – Iman Kamil

Netizen gesa tindakan, persoal etika kerja

Iman turut menegaskan bahawa sekiranya parkir itu benar-benar salah, seharusnya tindakan mengikut undang-undang seperti penguncian dilakukan dan bukannya memohon bayaran secara tidak rasmi. Pengawal keselamatan terbabit akhirnya mengarahkan Iman keluar dari kawasan berkenaan.

“Tak payah banyak cakap, nanti saya panggil semua orang,” kata pengawal itu dengan nada marah sebelum mengakhiri perbualan.

Video yang tular itu mencetuskan pelbagai reaksi netizen. Rata-rata mengecam tindakan pengawal keselamatan berkenaan dan mempersoalkan kredibiliti serta etika kerja terutamanya apabila melibatkan pengunjung yang tidak arif dengan kawasan hospital.

Ramai turut menuntut agar pihak pengurusan Hospital Kajang menjalankan siasatan lanjut dan memperjelas garis panduan sebenar berkaitan kawasan larangan parkir supaya kejadian seperti ini tidak berulang.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak hospital.

Sumber : TikTok Iman Kamil

Related Posts