'Aplikasi MyDigital ID sangat teruk, tolong perbaiki!' - Kerajaan diberitahu - The Reporter

‘Aplikasi MyDigital ID sangat teruk, tolong perbaiki!’ – Kerajaan diberitahu

MyDigital ID adalah satu inisiatif kerajaan untuk menyediakan identiti digital yang selamat dan boleh dipercayai bagi semua rakyat Malaysia. Ia bertujuan untuk memudahkan urusan dalam talian dengan pelbagai agensi kerajaan dan sektor swasta, sekaligus meningkatkan keselamatan dan kecekapan dalam pengurusan identiti.

Bermula 10 Oktober, para pengguna hanya boleh log masuk aplikasi JPJ menggunakan MyDigital ID. Oleh itu, orang ramai digesa untuk mendaftarkan MyDigital ID bagi mengelakkan kesulitan di kemudian hari.

Bagaimanapun, terdapat runggutan daripada pengguna yang mendakwa mengalami kesukaran untuk mendaftar MyDigital ID.

“Tadi register MyDigital ID, loading sangat slow. Macam biasa network di bawah kelolaan kerajaan, tak ready untuk high pressure traffic from different IP addresses,” kata Wan.

“Kenapa institusi kerajaan selalu menyusahkan orang ramai dengan semua aplikasi ini dan memerlukan kami untuk mendaftar begitu banyak perkara? Aplikasi yang disediakan pun tidak berfungsi dengan baik!” kata AM.

“Pertama, tolong perbaiki aplikasi ini. Ia langsung tidak berfungsi. Saya telah cuba mendaftar beberapa kali, tetapi apabila sampai ke bahagian pengesahan wajah, aplikasi ini terus berhenti berfungsi. Walaupun selepas menutup dan membuka semula aplikasi, masalah ini masih berterusan. Aplikasi ini sangat teruk. Tolong perbaiki!” kata Alvinash J.

Justeru, ramai pengguna menggesa kerajaan mempertimbangkan untuk meningkatkan daya keupayaan aplikasi MyDigital ID bagi memudahkan proses pendaftaran, termasuk melanjutkan tempoh pendaftaran.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!