Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pendiriannya untuk terus mempertahankan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara tanpa kompromi, meskipun berdepan pelbagai tuntutan politik.
Menurut beliau, sebarang cadangan termasuk pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) tidak boleh dibincangkan di luar kerangka Perlembagaan dan asas Bahasa Kebangsaan.
“Saya tak peduli siapa, parti mana, pengaruh mana. Kalau saya mahu didukung sebagai Perdana Menteri, saya mesti pertahankan prinsip Perlembagaan.
“Tuntutan yang menjurus kepada satu kaum dan satu bahasa, saya tidak setuju sama sekali,” katanya memetik laporan Utusan Online, Jumaat, 12 Disember 2025.
Baca juga:
- Akmal kemas pejabat Exco, pilih prinsip berbanding jawatan
- ‘Saya akan lahirkan 300,000 lagi Akmal Saleh untuk hentam mereka!’
- ‘You Never Walk Alone’, kita sama-sama lawan DAP – Afnan
Bahasa Melayu lambang maruah negara
Anwar menegaskan, mana-mana pihak yang membawa isu bahasa perlu sedar bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi yang mesti diangkat sebagai bahasa ilmu dan perpaduan.
“Bahasa Melayu harus diangkat sebagai bahasa ilmu yang dikuasai oleh semua rakyat Malaysia. Itu kita noktahkan,” ujarnya.
Beliau menambah, kerajaan tidak menghalang penguasaan bahasa lain seperti Inggeris, Cina, Tamil dan Arab, namun usaha itu mesti datang selepas martabat Bahasa Melayu diperkukuh.
Semua rakyat mesti kuasai Bahasa Melayu
Dalam masa sama, Anwar menegaskan semua rakyat termasuk pelajar di sekolah antarabangsa mesti menguasai Bahasa Melayu walaupun sistem pengajaran menggunakan bahasa Inggeris.
“Kalau ini sudah jelas, nak tingkatkan penggunaan bahasa Inggeris saya setuju. Tapi Bahasa Melayu mesti dimantapkan sebagai bahasa teknologi baharu, bahasa ilmu dan bahasa AI,” katanya.
Sumber: Utusan Online








