Subsidi hanya untuk rakyat, bukan diskriminasi tetapi keutamaan negara berdaulat
Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan harga petrol RON95 pada kadar subsidi RM1.99 seliter hanya diberikan kepada rakyat Malaysia, manakala warga asing termasuk pelancong dari Singapura akan dikenakan harga pasaran antara RM2.50 hingga RM2.60 seliter.
Menurutnya, penurunan harga itu bukan sesuatu yang mudah kerana kerajaan perlu mempertimbangkan implikasi kewangan yang besar, justeru pendekatan subsidi bersasar yang diamalkan adalah selaras dengan prinsip keadilan sosial Kerajaan MADANI.
“Semalam ucap (Himpunan Turun Anwar), harga minyak naik tetapi dia (pembangkang) tidak tahu, tidak puas hati dengan harga minyak di negara ini.
Baca juga:
- Ucapan anak Allahyarham Dr Aiman sentuh hati ramai
- PN ucap tahniah kepada Vijay, puji kemenangan TVK di Tamil Nadu
- ‘Type M, C dan I bukan lagi gurauan, tapi kemarahan tersirat’ – Zahid Hamidi
“Pergi beli di Singapura yang lebih tinggi harganya. Begitu juga di Thailand dan Indonesia. Semuanya tinggi, jauh melambung daripada Malaysia,” katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang di Dataran Tanjung Emas, Johor.
Anwar yang juga Menteri Kewangan menjelaskan subsidi bahan api kerajaan tidak wajar dinikmati oleh golongan yang tidak menyumbang kepada ekonomi negara.
“Minyak petrol RON95 untuk rakyat Malaysia, kita jual RM1.99. Tetapi, untuk warga asing dan pelancong termasuk dari Singapura, mereka akan bayar harga pasaran, RM2.50 atau RM2.60 seliter. Ini bukan diskriminasi, tetapi dasar negara berdaulat yang menjaga rakyatnya,” katanya.
“Saya Perdana Menteri Malaysia, tanggungjawab saya jaga rakyat”
Dalam ucapannya, Anwar menyelar kenyataan seorang pemimpin pembangkang dari Johor yang mempertikai tindakan mengenakan harga pasaran kepada warga asing.
“Ada yang kata, ‘macam mana ni PMX ni, tak berhati perut, nak minta orang asing bayar lebih.’
“Orang asing pun beri sumbangan juga, tetapi orang asing itu tak bayar cukai. Mana ada di dunia ini orang asing diberi hak yang sama dengan warganegara.
“Saya sebagai Perdana Menteri, tanggungjawab saya yang pertama, jaga rakyat Malaysia. Itu saya pegang,” katanya.
Beliau turut menegaskan kerajaan tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga minyak, malah masih mampu menawarkan antara kadar termurah di rantau ini walaupun berdepan tekanan fiskal.
“Kalau tidak percaya, pergi tengok harga minyak di Singapura, Thailand, Indonesia semua jauh lebih tinggi. Kita masih mampu beri RM1.99 kepada rakyat. Itu tanggungjawab saya,” tegas beliau.
Baca juga:
- Rosol Wahid tidak akan buat rayuan penggantungan BERSATU
- Vijay angkat sumpah Ketua Menteri Tamil Nadu
- Dua ADUN dipecat, empat pemimpin Bersatu digantung keahlian
Penjimatan subsidi untuk kebajikan dan gaji minimum
Anwar turut memaklumkan bahawa hasil penjimatan daripada penyasaran subsidi akan disalurkan kepada program kebajikan, pembangunan luar bandar serta mempertingkatkan kadar gaji minimum secara berperingkat termasuk untuk penjawat awam dan pekerja di syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Pada 23 Julai lalu, Anwar mengumumkan harga RON95 akan turun kepada RM1.99 seliter selepas pelaksanaan penuh penyasaran subsidi bahan bakar yang bakal memberi manfaat kepada sekitar 18 juta rakyat termasuk golongan belia seawal usia 16 tahun dan pekerja gig.
Sumber: Sinar Harian, Berita Harian











