'Anak saya nangis berguling-guling, saya tak dapat kawal' - Penerima bantuan disiasat aktivis kerana beli banyak jajan berbanding barang keperluan - The Reporter

‘Anak saya nangis berguling-guling, saya tak dapat kawal’ – Penerima bantuan disiasat aktivis kerana beli banyak jajan berbanding barang keperluan

Golongan berpendapatan rendah dan ibu tunggal antara golongan yang diberikan perhatian khusus dalam membantu mereka mengurangkan bebanan yang ditanggung.

Badan bukan kerajaan (NGO) dilihat seringkali membantu golongan ini tanpa mengira penat dan lelah. Di situ juga terdapat pelbagai kisah dan senario yang sukar dilupakan.

Perkongsian dari seorang aktivis masyarakat, Syed Azmi Alhabshi, menceritakan kisah seorang ibu tunggal yang lebih mengutamakan barangan kehendak melebihi keperluan. Beliau menyedari situasi itu berlaku apabila memeriksa resit pembelian.

Dia terkejut apabila mendapati tertera beberapa barang bukan keperluan seperti coklat Cadburry, satu kotak air minuman dan satay ikan dalam resit.

Sumber gambar: Syed Azmi

Menerusi tangkap layar perbualan di aplikasi Whatsapp itu, dia bertanyakan kepada wanita berkenaan apa alasannya membeli barang-barang bukan keperluan itu.

“Anak saya ambil menangis berguling-guling di kedai, saya tak dapat kawal,” tulis wanita itu.

Menurut Syed Azmi, dia terpaksa memuat naik hantaran sedemikian sebagai peringatan kepada para penerima lain agar tidak mengulangi perkara itu di masa akan datang.

“Saya terpaksa buat post begini sebab nak elakkan pemohon lain tak buat macam ni. Saya sayang kanak-kanak dan okay sangat beli jajan. Tapi kena ada limit. Kalau maksimum RM10, saya okay.

“Saya tak berhak cakap pasal duit bantuan tu, tapi saya tanya dalam bentuk mengapa, agar not to judge but pada masa yang sama didik agar dia juga belajar kenapa buat pemilihan ini penting,” katanya.

Sumber: Syed Azmi

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!